Posts

Showing posts from September, 2018
Image
Persoalan serta Kemusykilan dan Jawapan Tayamum 1. Soalan : Bolehkah bertayammum dengan cara menepuk tangan di meja atau di dinding dan di mana-mana tempat untuk bertayammum? Jawapan: Harus bertayammum jika terdapat tanah yang berdebu padanya. 2 Soalan: Adakah wajib menyapu dengan air di atas balutan anggota wudhu’ ketika hendak bertayammum? Jawapan : Wajib jika tidak mendatangkan kemudharatan 3. Soalan : Bagaimanakah seorang berhadas besar hendak menunaikan solat, di mana ia disahkan oleh doktor tidak boleh terkena air ? Jawapan: Wajib ia bertayammum bagi menggantikan mandi hadas besar dengan niat mengharuskan fardhu sembahyang. 4. Soalan:  Pesakit yang berwudhu’ dan bertayammum kemudian dia solat fardhu. Wajibkah pesakit memperbaharui wudhu’ dan bertayammum sekiranya dia tidak berhadas kecil?  Jawapan: Tidak wajib dia mengulangi wudhu’ tetapi wajib mengulangi tayammum sahaja. 5. Soalan:  Pada awal memindahkan tanah ke muka tidak berniat tayammum te...