Persoalan serta Kemusykilan dan Jawapan Tayamum

1. Soalan :
Bolehkah bertayammum dengan cara menepuk tangan di meja atau di dinding dan di mana-mana tempat untuk bertayammum?

Jawapan: Harus bertayammum jika terdapat tanah yang berdebu padanya.


2 Soalan:

Adakah wajib menyapu dengan air di atas balutan anggota wudhu’ ketika hendak bertayammum?



Jawapan : Wajib jika tidak mendatangkan kemudharatan

3. Soalan :

Bagaimanakah seorang berhadas besar hendak menunaikan solat, di mana ia disahkan oleh doktor tidak boleh terkena air ?


Jawapan: Wajib ia bertayammum bagi menggantikan mandi hadas besar dengan niat mengharuskan fardhu sembahyang.

4. Soalan:

 Pesakit yang berwudhu’ dan bertayammum kemudian dia solat fardhu. Wajibkah pesakit memperbaharui wudhu’ dan bertayammum sekiranya dia tidak berhadas kecil?

 Jawapan: Tidak wajib dia mengulangi wudhu’ tetapi wajib mengulangi tayammum sahaja.

5. Soalan: 

Pada awal memindahkan tanah ke muka tidak berniat tayammum tetapi apabila hampir tangannya ke muka barulah dia berniat berkekalan sehingga sampai tangan kena muka. Sahkah tayammum? 

Jawapan: Maka sah pemindahan tersebut dan niat ketika itu.

6. Soalan:

 Bilakah waktu bertayammum untuk mendirikan solat fardhu?

 Jawapan: Bertayammum hendaklah dilakukan setelah di yakini masuk waktu solat.
7. Soalan 

Bagaimana cara mandi wajib dan tayammum bagi anggota yang sakit? 

Jawapan: Boleh mandi dahulu kemudian bertayammum atau sebaliknya.



















Comments

Popular posts from this blog